fb fb fb fb fb

KKM serbu 443 premis jual produk kosmetik tidak bernotifikasi, pantau iklan di media sosial

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyerbu 444 premis perniagaan produk kosmetik tidak bernotifikasi melibatkan nilai rampasan lebih RM4.3 juta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata serbuan berdasarkan susulan 86 aduan yang diterima sejak 2021 sehingga Jun pada tahun ini.

Dalam tempoh sama, sebanyak 1,775 iklan kosmetik telah dipantau, 283 daripadanya diberi amaran manakala 104 produk kosmetik telah dibatalkan status notifikasi

"Pihak KMM sentiasa menjalankan tindakan pemeriksaaan dan operasi serbuan secara berterusan termasuk di media sosial.

"Syarikat yang didapati tidak patuh kepada peraturan akan disiasat dan didakwa di bawah Akta Jualan Dadah 1992," katanya bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit di Parlimen pada Isnin.

Manakala bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli berhubung ruang iklan yang diberikan penjual kosmetik dan ubatan tertentu di media arus perdana.

Katanya, KKM memantau aktiviti promosi dan penjualan kosmetik di media sosial termasuk pengiklanan di media arus perdana.

Tegasnya, sebarang aktiviti promosi yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan termasuk pembatalan notifikasi barangan kosmetik masing-masing.

“Seperti saya nyatakan sebentar tadi, bahawa mereka tidak boleh gunakan doktor untuk mempromosikan iklan. Jika ini berlaku, kita ambil tindakan manakala Majlis Perubatan Malaysia ambil tindakan membabitkan profesional doktor terlibat.

“Jika iklan itu salah, kita berharap kementerian berkaitan terhadap media terlibat. Namun kita mengharapkan orang ramai melaporkan perkara ini jika berlaku,” katanya.

Media Baharu