PADANG BESAR, 25 Julai- Bagi mengekang aktiviti kereta sapu atau kenderaan perkhidmatan awam tanpa permit di Stesen Keretapi Padang Besar, Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis
telah mengadakan operasi di laluan tersebut.
Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, operasi ini bagi memberi kesedaran kepada para pemilik dan pemandu kenderaan persendirian supaya tidak menjalankan perkhidmatan kereta sapu di mana-mana stesen perkhidmatan awam.
Sepanjang operasi di laluan keluar dan masuk ke KTM Padang Besar, sebanyak 10 notis saman bagi pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
Operasi Kereta Sapu seperti ini akan diadakan di seluruh Negeri Perlis sepanjang masa secara berterusan tanpa bermusim.
(Operasi dibuat JPJ Perlis di laluan Stesen Keretapi Padang Besar)