fb fb fb fb fb

KKM sediakan fasiliti lengkap terhadap kesihatan mental

PUTRAJAYA, 3 Oktober- Lebih 307,000 panggilan talian sokongan psikososial diterima Kementerian Kesihatan (KKM), daripada individu yang memerlukan sokongan emosi, setakat September lalu, sebelum pandemik COVID-19, Kajian Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan menunjukkan 2.3 % iaitu 500,000 individu dewasa berusia 18 tahun ke atas alami gangguan kemurungan.

Menurut Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam dan Ketua Sektor Kesihatan Mental, Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Nurashikin Ibrahim, tekanan hidup akibat pandemik COVID-19 menjadi salah satu faktor individu mengalami masalah kesihatan mental. Kesihatan dan kesejahteraan mental masyarakat sentiasa menjadi keutamaan KKM khususnya bagi membangunkan negara dalam peralihan fasa endemik.




(Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam dan Ketua Sektor Kesihatan Mental, Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Nurashikin Ibrahim)

Justeru KKM sentiasa mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan mental masyarakat khususnya dalam peralihan fasa endemik.

Sokongan sosial amat penting kerana setiap individu mempunyai daya tindak berbeza dalam menangani segala masalah kehidupan.

"Jadi sebab itu, kita kena faham apa itu kesihatan mental, kesihatan mental adalah dari segi definisi iaitu satu situasi di mana seorang itu tahu potensi diri boleh bekerja dengan produktif dan menyumbang kepada masyarakat, jadi ada ketika dalam hari tertentu kesihatan mental terganggu semasa pandemik kesihatan mental yang optimum akan turun.Walaupun begini kita sedang bangkit yang penting daya tahan dan penjagaan kendiri kesihatan mental ini yang penting diamalkan oleh masyarakat," katanya.

Tambahnya, masyarakat kini semakin cakna terhadap tanda-tanda awal masalah kesihatan mental seperti kemurungan, sedih berpanjangan, hilang selera makan dan gangguan tidur.

Setakat ini, KKM mempunyai empat institusi kesihatan mental, lebih 60 buah hospital, 1,161 klinik kesihatan dilengkapi perkhidmatan kesihatan mental dan 35 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI).

Seramai 200 kaunselor ditempatkan di peringkat daerah untuk membantu dalam intervensi dan kaunseling di klinik kesihatan.

"Dalam pada itu, KKM juga ambil inisiatif wujudkan pelan strategik mental kebangsaan, promosi kesihatan mental, kesiapsiagaan mental bencana krisis bunuh diri, kolaborasi agensi kerajaan dan NGO, baru-baru ini KKM agihkan dana kepada NGO untuk laksana aktiviti, yang penting perkasa masyarakat dengan aktiviti bersama NGO dan juga agensi lain,"kata Dr. Nurashikin Ibrahim kepada RTM.



Media Baharu