KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang membuat pengumpulan data dan bukti kajian saintifik berkaitan perubatan tradisional Cina (TCM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata langkah tersebut bertujuan meningkatkan lagi kredibiliti kaedah rawatan TCM yang semakin berkembang.
Jelasnya, kaedah rawatan itu ditawarkan sebagai alternatif kepada rawatan konvensional.
"Kita hendak jadikan ia (TCM) lebih mantap dengan mengumpulkan data-data mengenai TCM. Jadi, bila ada data, ia akan beri keyakinan lagi untuk rawatan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Amalan Perubatan Tradisional Cina Berdasarkan Bukti di sini hari ini.