fb fb fb fb fb

JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 15 Julai- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan dakwaan terdapat peningkatan kes rotavirus di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong mengesahkan hanya dua kes dilaporkan di antara 7 hingga 13 Julai lalu.

Kedua-dua kes berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan.

Pihaknya akan terus memantau situasi jangkitan bagi mengelak penularan.

Rotavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan sistem pencernaan. 

Antara simptom berkenaan termasuk demam, cirit-birit dan muntah yang boleh menyebabkan dehidrasi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM