fb fb fb fb fb

KKM pantau rapi penularan kes cacar monyet - Khairy

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

KUALA LUMPUR, 8 Jun - Kementerian Kesihatan terus melaksanakan pemantauan rapi perkembangan penularan kes cacar monyet walaupun penularan belum berlaku di Malaysia.

Jelas Menterinya, Khairy Jamaluddin, pihak kementerian kini mempunyai pelan pencegahan dalam mengelakkan penularan wabak berkenaan di negara ini.

"Kes monkeypox atau cacar monyet belum lagi berlaku di Malaysia namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau rapi perkembangannya. KKM juga mempunyai pelan strategik menghadapi risiko kemasukan cacar monyet berpandukan saranan World Health Organization (WHO) seperti penyediaan tatacara pengesanan dan notifikasi kes, pengambilan sampel, siasatan dan pengurusan kes serta kontak rapat dan pemantauan di pintu masuk antarabangsa.


(Foto fail)

"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga terutamanya yang ingin mengembara ke negara-negara yang telah melaporkan kes tersebut," kata beliau menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan tiga kes disyaki cacar monyet di negara ini, namun Kementerian Kesihatan mengesahkan dua daripadanya adalah cacar air manakala bakinya adalah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Media Baharu