fb fb fb fb fb

Draf RUU Larangan Tukar Parti dimuktamadkan untuk dibentang, dibahas di Dewan Rakyat

(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),
Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

PUTRAJAYA, 8 Jun - Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 Dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti, bersetuju dan memuktamadkan draf Rang Undang-Undang Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 untuk dibentangkan serta dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, lima persoalan dasar telah dibangkitkan Jemaah Menteri semasa mesyuarat pada 1 Jun lepas dan telah diulas serta dijawab oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam mesyuarat semalam.

Jelasnya, maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara itu akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Mesyuarat terakhir akan diadakan dalam masa terdekat untuk mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas.


(Foto hiasan/Parlimen Malaysia)

Jawatankuasa Pilihan Khas ini juga secara sebulat suara bersetuju meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk diadakan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama bulan Julai 2022.

Secara umumnya, Jawatankuasa Pilihan Khas ini telah berjaya melaksanakan terma rujukan sebagaimana usul yang diluluskan pada 11 April 2022.

Pencapaian ini merupakan hasil komitmen bersama oleh semua ahli jawatankuasa dengan sokongan padu Parlimen Malaysia,Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

Media Baharu