fb fb fb fb fb

Harga lantai padi baharu akan diumum minggu hadapan

Menteri Komunikasi

PUTRAJAYA, 7 Februari - Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan Datuk Sri Mohamad Sabu akan akan mengumumkan harga lantai padi yang baharu pada minggu depan, di Parlimen, kata Jurucakap Kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil hari ini.

"Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bahawa beliau akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 13 Februari mengenai isu beras khusus berkait harga lantai bagi padi.

"Ini nanti akan disampaikan di Parlimen dan sejurus selepas kenyataan menteri itu akan ada perbahasan. Jadi kita sama-sama tunggu kenyataan penuh daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 13 Februari ini," katanya dalam Sidang Media Mingguan, di sini.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, lawatan rasmi Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev telah berjaya membuka peluang pelaburan serta memperkukuh hubungan diplomatik sesama negara.

Hasil lawatan tersebut menyaksikan termeterainya beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama yang melibatkan pelbagai sektor

"Perdana Menteri telah membincangkan hasil daripada lawatan, siri lawatan kerja rasmi ataupun siri lawatan negara yang turut melibatkan Presiden Indonesia, Uzbekistan dan hasil daripada dua lawatan itu bukan hanya sejumlah MoU telah ditandatangani dan disaksikan mengeratkan lagi hubungan di antara negara-negara tersebut dengan Malaysia juga membuka peluang peniagaan, pelaburan di antara kedua-dua negara," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi memaklumkan Jemaah Menteri mendoakan  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dikurniakan kesihatan, keafiatan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Jelasnya, kerajaan juga memantau rapat perkembangan rawatan baginda.

"Jemaah Menteri mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan, keafiatan dan selamat menerima rawatan perubatan.

"Sebarang perkara saya pohon rakan-rakan media untuk merujuk dengan Istana Negara. Jadi setakat ini pagi tadi, Seri Paduka Baginda telah berangkat dan kita mengikuti perjalanan rawatannya", katanya.

TETITIA YUSOFF