fb fb fb fb fb

Tiada keperluan garis panduan muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita

KUALA LUMPUR, 7 Februari - Tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet pagi ini dan akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

"Saya berpendapat tidak perlu kerana orang Islam tahu garis panduan dia. Macam saya ke acara ini (tinjauan Thaipusam) saya bukan masuk upacara agama, Gobind Singh (Menteri Digital) dia sering ke masjid di kawasan dia tapi bukan upacara agama. Jadi kita biasa.

"Jadi jangan persulitkan, jangan menimbulkan kerisauan dalam masyarakat. Saya nak tegaskan keputusan muktamad Jemaah Menteri pagi tadi,” kata Anwar.

Beliau bercakap kepada media ketika kunjungan beliau ke Kuil Batu Caves bagi meninjau situasi semasa menjelang perayaan Thaipusam, di sini.

TETITIA YUSOFF