fb fb fb fb fb

HFMD: Kes di Pahang meningkat 16 kali ganda

KUANTAN, 8 Jun- Situasi Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Pahang menyaksikan peningkatan 16 kali ganda bagi tempoh Januari hingga semalam berbanding hanya 233 kes tempoh yang sama pada tahun lepas.

Kes dilaporkan adalah sebanyak 3,760 dengan 3,585 atau 95.3 peratus daripadanya berlaku secara sporadik.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata penularan kes yang berlaku di taska atau pusat jagaan harian kanak-kanak pula hanya dikesan sebanyak 4.7 peratus daripada jumlah tersebut.

"Kes yang kita laporkan di Pahang setakat ini sebanyak 3,760 kes.. kes di kesan secara sporadik maksudnya kita kesan dalam satu keluarga di rumah dan sebagainya dan mungkin 4.7 peratus sahaja, 175 kes kita kesan melalui taska dan sebahagian besar kes di Pahang kita kesan kumpulan umur 0 hingga 6 tahun iaitu sebanyak 89.8 peratus," katanya.


(Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus)

Bagaimanapun, sebanyak 326 kes turut dilaporkan bagi kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun dan 59 kes dikesan berlaku dalam kalangan individu berumur lebih 12 tahun.

Dalam perkembangan lain, pihaknya turut melakukan pemantauan terhadap 505 premis taska dan tadika di seluruh Pahang dengan 35 premis telah diarahakan tutup bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala dua pusat jagaan harian telah melakukan penutupan secara sukarela.

Terdahulu, Dr. Nor Azimi melakukan Aktiviti Pemeriksaan dan Pendidikan Kesihatan Taska/ Tadika di daerah Kuantan.

Media Baharu