fb fb fb fb fb

Kebebasan media perlu digunakan dengan cara betul - Wan Junaidi

(Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
berucap secara maya pada Majlis Penutupan Forum Kebebasan Media Sedunia)

KUALA LUMPUR, 8 Jun - Negara yang mengamalkan sistem demokrasi sentiasa memupuk kebebasan media dalam komuniti.

Namun tegas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kebebasan media harus dipratikkan dengan cara yang betul supaya ia dapat menjamin kestabilan negara selain penyaluran berita berdasarkan batasan yang ditetapkan.

"Kebebasan media adalah asas kepada negara demokratik. Ia mencari dan mengedarkan berita, maklumat, idea, komen, pendapat dan pegangan mereka yang berkuasa dan bertanggungjawab. Kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia sejagat dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Oleh itu, tiada sesiapa pun termasuk ahli politik yang mempunyai hak dan kuasa untuk menyekat hak asasi ini.

 
(Foto fail)

"Namun begitu, saya secara peribadi percaya bahawa kita perlu bukan sahaja memastikan hak ini tidak disekat tetapi perlu ada penggunaannya secara bertanggungjawab," kata beliau secara maya pada majlis penutupan Forum Kebebasan Media Sedunia anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Kedutaan Belanda yang berlangsung di sini, hari ini.

Wan Junaidi juga berharap media tempatan tidak mencontohi media barat yang sentiasa melaporkan perkara yang tidak sahih berhubung apa yang berlaku khususnya seperti di Palestin.

Media Baharu