KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan sebanyak 4,753 kompaun bernilai RM1.2 juta sepanjang September lepas melibatkan kesalahan merokok.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata daripada 23,093 premis yang dilawati, sebanyak 9,848 notis dikeluarkan atas kesalahan tersebut.
'Bagi tindakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 yang bertujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi, sebanyak 2,566 kompaun dikeluarkan bernilai RM1.2 juta dengan purata RM500 bagi setiap kompaun," katanya menerusi kenyataan.
Katanya, dibawah Akta Makanan 1983, sebanyak 6,003 premis makan telah diperiksa KKM bulan lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 2.93 peratus iaitu 176 premis telah diarah tutup.
Tindakan penutupan itu sebagai langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.
