fb fb fb fb fb

KKM dijangka kemuka cadangan SOP pembukaan sempadan dalam tempoh terdekat

JOHOR BAHRU, 17 Februari - Kementerian Kesihatan dijangka mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat, termasuk tarikh pembukaan.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu sedang diteliti, dengan KKM terus memantau situasi semasa penularan COVID-19.

"Kita tidak mahu situasi yang mana penggunaan katil ICU meningkat semula. Sekarang ini penggunaan ICU rendah dan kita mahu kekalkan trend itu selamanya kerana tidak mahu membebankan sektor kesihatan," kata Azmin selepas majlis ‘Bicara Memperkasa Ekonomi Bersama Pemain Industri dan IKS Skudai’, di sini.

Kata beliau, sekiranya sempadan dibuka, kerajaan tetap mahukan supaya pematuhan SOP dikekalkan.

 

Media Baharu