fb fb fb fb fb

Mayat peniaga dikhuatiri lemas, ditemukan


BESUT, 17 Februari
- Seorang peniaga yang dikhuatiri hilang selepas kenderaan yang dinaiki bersama isteri terjunam dalam Sungai Tembila,Besut, Terengganu, ditemukan lemas.

Mayat Shukri Wahab, 52 tahun ditemukan selepas lebih 36 jam mangsa dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata mayat mangsa ditemui tersangkut pada pukat oleh penduduk kampung pada jarak enam kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

"Mayat mangsa telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6.00 pagi semalam kenderaan dinaiki Shukri bersama isteri Azizah Mohamad Yusof,51 tahun ditemui berpaut pada sebatang pokok di tebing sungai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sekitar jam 9.25 pagi.

Bagaimanapun, isteri mangsa, berjaya diselamatkan selepas tersangkut dan bergayut di pokok di tepi sungai.

Media Baharu