fb fb fb fb fb

Guru diminta tidak pilih bersara awal akibat tekanan COVID-19

IPOH, 18 Februari- Guru-guru di Perak diminta tidak memilih bersara awal akibat tekanan disebabkan COVID-19.

Perkara itu disuarakan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berhubung laporan terdapat guru di negeri itu yang hilang fokus akibat wabak berkenaan.

Beliau menegaskan perkara itu tidak sepatutnya berlaku berikutan peranan guru sebagai ejen perubahan kepada masyarakat.

"Kalau cikgu yang masih ada tenaga, jangan dia menggunakan perkataan dia berhenti kerana COVID, sebab itu akan memusnahkan semangat orang ramai sebab cikgu ni pemimpin, cikgu ni 'motivator' jadi cikgu-cikgu tidak boleh ada ayat itu. Dia mesti mengajak masyarakat untuk melawan COVID," ujar beliau selepas melancarkan Smart G-Tuisyen dan Program Makanan Percuma Pelajar SPM, SVM, STPM dan STAM 2021.

Tambah beliau, pihaknya masih belum mempunyai jumlah sebenar guru yang memohon untuk berhenti disebabkan wabak COVID-19.

Media Baharu