fb fb fb fb fb

KKDW tumpu sektor teknousahawan dalam Belanjawan 2025

Zahid memuji batik JUMA’ANI yang dihasilkan para pelajar CENTEXS

KUCHING, 5 Oktober - sektor teknousahawan akan menjadi tumpuan Kementerian Kemajuan, Desa dan Wilayah, (KKDW) pada pembentangan Belanjawan 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu bagi memperkasa usahawan kecil dan sederhana yang terlibat dalam teknologi baharu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP bagi merealisasikan usaha tersebut.

Langkah itu untuk memperkukuh Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi Hi-TVET.

"Latar belakang untuk Hi-TVET ini, kita akan bekerjasama dengan KUSKOP agar mereka menjadi usahawan yang juga dapat penyeliaan dan juga 'follow through' daripada 'financial institution' yang akan memberikan pembiayaan kepada perniagaan yang akan dikembangluaskan oleh mereka," katanya.

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, KKDW antara kementerian yang menumpukan kepada pengwujudan usahawan kecil dan sederhana pada Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada18 Oktober.

Beliau berkata demikian kepada media semasa melawat ke Jumaani Pavilion bagi mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Sarawak.

Terdahulu, Zahid merasmikan Batik JUMA’ANI yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak CENTEXS.

Trainee