fb fb fb fb fb

Sukarelawan MTL di Pahang dipertingkat

Sukarelawan banjir membantu membersihkan kediaman penduduk terjejas /foto Bernama

JERANTUT, 5 Oktober - Purata kira-kira 1,000 sukarelawan telah berdaftar di setiap daerah di negeri Pahang, sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang, Harris Salleh Hamzah berkata, kerajaan negeri akan memastikan penglibatan sukarelawan di negeri itu terus dipertingkat.

Bersempena penganjuran program "Moh Karnival Makmur Daerah Jerantut" kali ini, beliau berharap lebih ramai yang tampil untuk berdaftar.

“Pengetahuan berkaitan dengan tindakan awal tu penting dan juga sukarewan tu penting kerana sukarelawan membantu di peringkat awal. Kita tidak boleh mengharapkan bantuan atau pihak berkuasa datang serta merta. Jadi, sukarelawan itu penting kerana kita ada daerah yang terdedah bencana macam itu. Sebab itu ilmu kesukarelawan ini dititikberatkan," kata beliau kepada media di sini.

Harris ditemui selepas merasmikan program "Moh Karnival Makmur Daerah Jerantut" yang berlangsung selama tiga hari di Padang Hoki Daerah Jerantut.

Moh Karnival Makmur yang bertemakan 'Kesukarelawanan di Daerah Jerantut' menjadi platform mendekati rakyat dalam menyebarkan pelbagai maklumat dan dasar kerajaan kepada masyarakat setempat.

Sebanyak 50 reruai daripada pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan turut serta.

Trainee