fb fb fb fb fb

KKDW tekad pastikan tiada keciciran dalam kalangan lepasan SPM

KUALA LUMPUR, 11 Februari- Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dipastikan dapat meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,(KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan menerusi beberapa inisiatif dan peruntukan akan memastikan tiada lagi yang tercicir atau ketinggalan.

Menurut Zahid, mereka yang tidak berjaya sebelum ini perlu diberi peluang kedua dalam bidang akademik termasuk bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Katanya, mereka akan terus diberi peluang menyambung pengajian dalam pelbagai lapangan kursus serta pendidikan, sekaligus memenuhi kebolehpasaran graduan.

"Peluang kedua untuk mereka bagi melanjutkan pelajaran bukan hanya mengambil sijil-sijil dalam kursus TVET, ia boleh dilanjutkan ke peringkat diploma, ijazah pertama dan PHD dengan adanya kursus yang berkaitan," katanya.

Katanya, jangan ada prasangka bahawa mereka yang meneruskan pengajian TVET tiada masa depan.

"UniKL telah membuktikan bahawa mereka adalah aset negara dan mampu untuk cemerlang,” katanya.

(Datuk Seri Zahid Hamidi Majlis Konvokesyen ke-19 UniKL di Pusat Dagangan Dunia (WTC)

Ahmad Zahid berkata pada masa ini, 280 alumni UniKL dari 2016 hingga tahun lepas bekerja di 24 negara, sekali gus membuktikan graduan UniKL diiktiraf dunia serta menyumbang kepada usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi daripada bidang TVET.

Beliau yang juga Pro Canselor UniKL berkata kepada media selepas Majlis Konvokesyen ke-19 UniKL di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Turut hadir, Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Datuk Dr Roziah Omar.

Media Baharu