fb fb fb fb fb

Mahasiswa bebas kritik, suara pandangan kepada kerajaan dan Perdana Menteri

(FOTO HIASAN)

GOMBAK, 11 Februari - Mahasiswa di institusi pengajian tinggi serta pelajar bebas memberikan kritikan serta menyuarakan pandangan mereka untuk menegur kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia penting untuk melahirkan golongan pelajar yang mempunyai daya fikir kritikal sekali gus menjadikan institusi pengajian sebagai platform percambahan idea.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / FOTO BERNAMA)

"Perkara itu juga saya sudah sampaikan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

"Mereka juga sudah buka ruang terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi supaya Universiti lebih segar dalam membolehkan sesuatu pandangan itu diberikan melainkan hal yang mencerca, perkauman atau fahaman agama yang melampau," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Pelajar Antarabangsa AbuSulayman (AISF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Tambah Anwar, selain daripada elemen berkenaan mereka bebas untuk mengkritik atau menegur terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

Media Baharu