fb fb fb fb fb

Perak bakal laksana sistem penternakan moden atasi pencemaran dari ladang khinzir

(FOTO HIASAN)

IPOH, 11 Februari - Bagi mengatasi isu pencemaran, sistem penternakan khinzir secara moden bakal dilaksana di Perak.

Exco Kesihatan negeri, A.Sivanesan berkata ia merupakan sistem pertama seumpamanya dijalankan di negara ini.

Katanya, penggunaan sistem berkenaan dilihat mampu mengurangkan masalah pencemaran yang dihasilkan daripada ladang tersebut.

Untuk itu katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyelaras penyusunan semula ladang-ladang ternakan di Perak.

(Exco Kesihatan Negeri Perak, A.Sivanesan)

"Kita terima banyak aduan daripada orang awam berkaitan dengan pencemaran bau dan sebagainya. kalau kita tukar kepada sistem baharu kita boleh elakkan semua ini," katanya dalam sidang media selepas Program 5KM Colour and Water Fun Run 2023, di sini.

Perak merupakan antara pengeluar utama haiwan tersebut di Malaysia dengan kira-kira 540,000 ekor diternak di tujuh daerah di negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Sivanesan berkata permohonan agar peruntukan kepada sektor kesihatan negeri dipertingkat dalam Bajet 2023 telah dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.

Katanya, dana tambahan itu amat diperlukan bagi menambah baik kemudahan fasiliti kesihatan di peringkat negeri.

"Kita berbincang dengan Perdana Menteri untuk meminta tambahan duit untuk memastikan bahawa objektif utama adalah kesihatan kita kena tingkatkan, katil-katil di hospital dan lain-lain kemudahan pun kita perlu tingkatkan," katanya.

Media Baharu