fb fb fb fb fb

KKDW bangun estet padi di Utara

PUTRAJAYA, 4 Oktober- Program meningkatkan keterjaminan makanan dan meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama luar bandar perlu diberi sokongan penuh.

Ia selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menjalankan pelbagai inisiatif seperti program Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, "FELCRA telah membangunkan estet padi di Seberang Perak.

"FELCRA akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah dalam membangunkan antara 15,000 hingga 20,000 hektar tanah untuk penanaman padi secara berkelompok," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW di sini.

Usaha itu diharapkan dapat membantu menstabilkan stok beras yang disasarkan mencapai 290,000 tan pada tahun ini selain meningkatkan keterjaminan makanan negara.

Lembaga Kemajuan Wilayah bawah KKDW juga akan meneruskan pelaksanaan program peningkatan sekuriti makanan melalui penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, penternakan lembu dan ayam serta melaksanakan projek-projek akuakultur.

KKDW(Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW)

Media Baharu