fb fb fb fb fb

KKD beri tumpuan hak cipta hasil kerja pengamal media

IPOH, 28 Mei- Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media, antara perkara diberi tumpuan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) selain menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata banyak hasil kerja pengamal media digunakan sewenang-wenangnya, tanpa kebenaran termasuk kandungan di media sosial berikutan ledakan teknologi.

"Di peringkat organisasi media mengadakan satu perbincangan dan mungkin kata sepakat di mana sebagai satu united front rakan-rakan media dan kita jemput platform media sosial untuk mendengar mendapatkan pandangan dan mewujudkan satu saluran mengekang salah guna ip daripada rakan wartawan," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Rumah Media Perak sempena Hari Wartawan Nasional 2023 di sini.

Selain itu, perkembangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi menuntut syarikat gergasi teknologi seperti Google dan META, untuk membayar kandungan berita kepada syarikat media tempatan.

Fahmi memaklumkan beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama organisasi media dan pihak kementerian.

"Dan kita telah bawa beberapa pandangan ini kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun masih di peringkat awal kerana ada beberapa perkembangan di negara lain yang menampakkan sedikit cabaran.

"Tapi apa yang berlaku di negara lain tidak semestinya berlaku di malaysia kita ambil maklum dan insyaallah kita selesaikan dan suaikan dengan keperluan di Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Kanada memperkenalkan RUU Akta Berita Dalam Talian yang bertujuan membantu industri berita yang berdepan 'krisis' selepas beratus-ratus penerbitan berita ditutup dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

(Fahmi Fadzil dan Teo Nie Ching)

Media Baharu