fb fb fb fb fb

KIR miskin tegar di Kelantan berkurang lebih 10,000 dalam tempoh sembilan bulan

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 3 Oktober -Jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih  berkurangan kepada 10,417 orang di Kelantan bermula Januari sehingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
 
Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM), Jasri Kasim berkata, pada tahun lalu lebih 21,000 KIR yang berdaftar dengan status miskin tegar dan jumlah berkenaan menyusut kepada 10,417 orang.

Katanya, pengurangan jumlah berkenaan dipengaruhi beberapa faktor antaranya bantuan serta aktiviti peningkatan pendapatan dari kerajaan dan pembukaan semula ekonomi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditamatkan dua tahun lalu.

"Bergantung kepada ketua isi rumah (KIR), sama ada anak-anak mereka bekerja atau mereka ini terlibat dengan kegiatan penambahan pendapatan paling banyak keluar daripada garis kemiskinan berkenaan", katanya pada sidang media selepas program Taklimat Fungsi Dan Peranan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Bersama Media di Pejabatnya di Tunjong, di sini hari ini.

Untuk rekod Kelantan menjadi negeri keempat jumlah miskin tegar tertinggi di Malaysia dibelakang Serawak, Sabah dan kedah.
 
Daerah Kota Bharu mencatat jumlah KIR miskin tegar  tertinggi iaitu 2,051, diikuti Pasir Mas dengan 1,246 dan Tumpat 1,221.


(Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM), Jasri Kasim/FOTO RTM)

Media Baharu