PUTRAJAYA, 9 Januari- Kiosk Sentuhan MADANI merupakan inisiatif terbaik meliputi enam kiosk automatik berasaskan konsep digital.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata set pertama itu merangkumi pelbagai perkhidmatan kerajaan yang dirangkumkan untuk digunakan serta dimanfaatkan oleh rakyat.
"Saya difahamkan kosnya tidak terlalu tinggi. Dengan kerjasama semua pihak kita pasti lokasi seperti pusat beli belah dan tempat tumpuan orang ramai memang sesuai kita anggap seperti tempat yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan kerajaan dan ini selaras dengan prinsip Malaysia MADANI," katanya.
Beliau ditemui media selepas Majlis Peluncuran Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI di Putrajaya.
Jelasnya, penyertaan sektor korporat amat dialu-alukan sekaligus dapat membantu menyediakan perkhidmatan yang sama di lokasi masing-masing.