fb fb fb fb fb

Kilang proses susu soya diserbu, guna logo halal palsu

TELUK INTAN, 28 Jun- Sebanyak 170 botol susu kacang soya dan 4,300 unit label bernilai lebih RM1,182 disita kerana disyaki menggunakan logo halal palsu.

Sitaan dibuat di sebuah premis kediaman yang diubah suai sebagai tempat memproses makanan dan minuman di Hutan Melintang, Perak.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Mohamed Aznanshah Khalid berkata dalam serbuan tersebut pihaknya turut menahan pemilik kedai berusia 58 tahun.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat susu kacang soya yang siap diproses dan dibotolkan disyaki menggunakan logo halal tanpa perakuan dan kebenaran daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Semakan awal Bahagian Pensijilan Halal, Jabatan Agama Islam Ipoh turut mengesahkan premis tersebut tidak diberikan sebarang pensijilan atau kebenaran untuk menggunakan logo halal pada produknya.

"Kes disiasat di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya menerusi kenyataan.


(Kes disiasat di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011)

Media Baharu