fb fb fb fb fb

Kilang proses mineral guna model BTSL pertama, di Perak

IPOH, 8 Mei- Kilang pemprosesan bahan mineral dengan konsep Zero Waste Facility menggunakan model Built-To-Suit and Lease (BTSL) pertama, dibina di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelaburan syarikat dari China; Jinjing Silicon Technology Sendirian Berhad bernilai RM140 juta itu, menjadi tanda permulaan inisiatif pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.

Inisiatif digerakkan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pelabur.

"Kelancaran proses transformasi bahan mentah kepada separuh siap, pengoptimuman logistik dan pengukuhan kapasiti pergudangan yang didorong oleh sumber mineral yang banyak...terutama silika bakal menarik pelabur-pelabur di peringkat domestik dan antarabangsa," katanya.

(Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media di Ipoh, hari ini)

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Kilang tersebut di Kanthan, Chemor, di sini hari ini.

Kilang seluas 11.88 ekar tersebut dijangka memulakan operasi menjelang 2024 dan bakal menyediakan kira-kira 500 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat di negeri itu.

Sambut baik pembinaan landasan kereta api kargo Khantan, Chemor-Pelabuhan Lumut

Dalam perkembangan lain, kerajaan Perak menyambut baik cadangan pembinaan landasan kereta api kargo dari Kanthan, Chemor ke Pelabuhan Lumut oleh sebuah syarikat swasta tempatan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Bagaimanapun, Saarani berkata syarikat swasta berkenaan perlu menyakinkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) mengenai pembinaan landasan kereta api tersebut.

Media Baharu