fb fb fb fb fb

Kilang di Negeri Sembilan disaran dijadikan tempat pelancongan

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nicole Tan Lee Koon (kiri)

SEREMBAN, 22 Februari - Kerajaan Negeri Sembilan menyarankan supaya premis kilang di negeri itu dijadikan sebagai salah satu lokasi pelancongan.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nicole Tan Lee Koon berkata, beliau melihat perkara itu sebagai situasi menang-menang terhadap pengusaha kilang yang dapat mempromosi produk mereka manakala kerajaan negeri pula dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri itu.

Jelas beliau, pihaknya bersama-sama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan akan menjadi pemudah cara dalam usaha menjadikan hasrat itu tercapai.

"Sebelum ini saya pernah lawat kilang KitKat Nestle. Saya rasa dia sangat berpotensi tempat pelancongan. Apa yang perlu adalah satu galeri, dan ada orang yang menceritakan mengenai cerita asal usul produk itu dan juga siapa yang cipta makanan. Ini seperti muzium dan pada masa sama boleh merasai makanan itu," kata Nicole Tan Lee Koon.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysian Association of Hotels Negeri Sembilan Chapter (MAHNS) bersama-sama Malaysia Association of Tour And Travel Agent (MATTA) Negeri Sembilan di Seremban.

Jelas beliau, dengan pemeteraian MoU itu, ia membolehkan kedua-dua pihak mencari satu mekanisme baharu dalam merancakkan sector pelancongan dalam Negeri Sembilan.

TETITIA YUSOFF