fb fb fb fb fb

Kilang bihun Kuala Ketil terbakar

FOTO BOMBA KEDAH

BALING, 29 Disember- Sebuah kilang memproses bihun  di kawasan perindustrian Kuala Ketil, Baling Kedah  terbakar awal pagi tadi.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali menerusi satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan melalui talian kecemasan MERS 999 mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 3.26 pagi.

Katanya, empat jentera bomba dan dua jentera tangki air  dengan kira-kira 40 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat  BBP Baling, BBP Aman jaya, BBP Sungai Petani , BBP Kulim Hi Tech dan BBP Yan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, api sedang marak dan kebakaran melibatkan sebuah bangunan dengan keluasan kilang 151 meter x 60 meter.

Anggota bomba yang bertugas membuat pemadaman kebakaran menggunakan enam aliran dan enam pancutan dari kiri dan kanan manakala bahagian hadapan bangunan dibantu Pasukan Bomba Sukarela PBS berdekatan.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 5.20 pagi.

Susulan itu Pusat Kawalan Bencana PKB kebakaran berkenaan diaktifkan.

Ketika ini kerja-kerja kerja 'overhaul' dilakukan bagi memastikan api serta bara padam sepenuhnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE