fb fb fb fb fb

Kibar Jalur Gemilang simbol semangat patriotik, cinta kepada negara

Penduduk Kampung Sungai Tengas Terap mengibarkan Jalur Gemilang bersempena Program Jiwa Komuniti Madani Karangan di Kulim, Kedah. Foto- RTM

KULIM, 20 Ogos - Jalur Gemilang kembali mewarnai kawasan luar bandar apabila penduduk diseru mengibarkan bendera di rumah, sekolah, pejabat, kenderaan dan tempat awam bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Pengerusi Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Muhar Hussain berkata mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbolik rasa bangga rakyat terhadap negara.

Beliau menambah, penganjuran program berteraskan patriotisme yang melibatkan semua kaum, bangsa dan agama turut mampu menyemarakkan semangat cintakan tanah air.

Katanya, usaha berterusan itu dapat memupuk sikap menghormati Jalur Gemilang sekali gus memperkukuh perpaduan rakyat.

Datuk Muhar berkata demikian ketika merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani Karangan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Kampung Sungai Tengas Terap, Kulim, Kedah.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Komuniti Madani Karangan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan kerana berjaya menganjurkan program berkenaan.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN