KLUANG, 3 Mac- Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari negeri tidak terlibat banjir sedia digerakkan ke lokasi bencana, jika terdapat keperluan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata KDN ketika ini memiliki lebih 7,000 yang sedia dihantar ke Johor bagi operasi banjir.
Situasi banjir di Johor yang berskala besar pada ketika ini, memerlukan kekuatan tenaga petugas tambahan bagi kerja-kerja berkaitan semasa bencana.
Perkara itu juga diusulkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada beliau.
"Kalau ada keperluan lain seumpama lori, trak muatan berat yang memudahkan operasi, kita akan usahakan. Itu komitmen kita.
Perkara ini akan saya utarakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana untuk segera kita gerakkan," kata Saifuddin kepada pemberita RTM selepas melawat 174 penduduk terjejas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Melayu, di sini.
(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyantuni penduduk terjejas
banjir di PPSÂ Dewan Orang Ramai Kampung Melayu/Foto FB Menteri)
Semasa lawatan, Datuk Seri Saifuddin meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk terjejas serta menyampaikan bantuan makanan asas.