fb fb fb fb fb

Khazanah lantik Hisham Hamdan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan baharu

Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) baharu Khazanah Nasional Bhd, Datuk Hisham Hamdan

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Hisham Hamdan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) baharunya, berkuat kuasa hari ini, 6 Mac, 2024.

Dalam satu kenyataan, dana kekayaan berdaulat negara itu berkata pelantikan Hisham membolehkan tumpuan yang lebih besar untuk membina keupayaan Khazanah sebagai institusi pelaburan dan mencipta kapasiti dan keupayaan baharu, terutamanya untuk mencapai matlamat penciptaan nilai dan impak syarikat.

Pengarah Urusan Khazanah Datuk Amirul Feisal Wan Zahir percaya pengalaman luas dan pengetahuan Hisham akan menjadi aset kepada usaha berterusan Khazanah dalam menyediakan organisasi untuk membina kapasiti yang diperlukan serta menginstitusikan pembangunan bakat.

"Ini, bersama-sama dengan strategi jangka panjang Memajukan Malaysia, akan membolehkan kami mengukuhkan kedudukan dalam menghadapi keadaan pasaran global yang mencabar,ā€¯katanya.

Hisham, 57, menyertai Khazanah pada April 2011 daripada Sime Darby Bhd dan memegang dua ijazah dalam Kejuruteraan Kimia dan Pengurusan Industri dari Purdue University, Amerika Syarikat.

Beliau juga pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE