fb fb fb fb fb

Ketepikan perbezaan agama dan fahaman politik jika mahu kekalkan perpaduan - PM

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 11 Februari - Semua pemimpin perlu mengenepikan perbezaan agama dan fahaman politik jika mahu mengekalkan perpaduan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam menentukan hala tuju negara, fokus perlu diberikan dari segi ekonomi serta tadbir urus dan bukannya ketidaksefahaman antara kaum.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis minum petang bersama-sama ahli
jawatankuasa kuil seluruh negara, di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya / FOTO BERNAMA)

"Apa mungkin kita guna dan cuba manfaatkan kalangan terbaik ini untuk urus negara kita sebagai satu pasukan dan ini tekad saya.

"Mari kita selesaikan perkara ini... niat serta sasaran kami untuk memastikan reputasi dan keyakinan kepada negara dikembalikan," katanya ketika berucap pada majlis minum petang bersama-sama ahli jawatankuasa kuil seluruh negara, di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Tambah Anwar, suhu ketajaman politik ketika ini perlu diturunkan supaya negara boleh bangkit semula dan membawa agenda pembangunan itu bersama-sama.

"Apa yang diperlukan orang India, Cina, Sarawak dan Sabah untuk menyelesaikannya ialah keberanian mempertahankan kebenaran serta keadilan, untuk bangkit melindungi negara dan kepentingan rakyat," katanya.

Anwar berkeyakinan bahawa negara dapat bangkit semula dengan lebih kuat dan hebat jika ada kepercayaan, saling menghormati serta kasih sayang sejajar konsep Malaysia Madani.

Media Baharu