fb fb fb fb fb

KESUMA tingkat dana, beri manfaat kepada 788 kesatuan

Foto RTM

KANGAR, 12 Oktober - Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) meningkatkan peruntukan bagi Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) kepada RM10 juta tahun ini.

Peruntukan tersebut meningkat berbanding RM5.8 juta tahun lepas dan RM2.6 juta pada 2023 yang akan memberi manfaat kepada 788 kesatuan sekerja dengan 1.040 juta ahli kesatuan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif terbabit bagi membolehkan lebih ramai pekerja cenderung untuk menjadi ahli kesatuan sekerja.

Menerusi peningkatan dana itu juga, ia akan membantu kesatuan sekerja melaksanakan aktiviti untuk perkembangan pendidikan secara berterusan khususnya bagi meningkatkan kemahiran berkesatuan dalam kalangan pemimpin dan anggota setiap kesatuan sekerja.

"Kita memperuntukkan RM10 juta ringgit sebagai dana untuk pembangunan hal ehwal kesatuan sekerja di mana dana ini boleh dipohon melalui jabatan hal ehwal kesatuan sekerja dan terbuka kepada gerakan-gerakan kesatuan sekerja di Malaysia", katanya dalam sidang media selepas Perasmian Perhimpunan Kesatuan Sekerja Bersama Menteri Sumber Manusia di sini, hari ini.

Lebih 400 peserta terdiri pelbagai kesatuan sekerja khususnya dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur hadir pada perhimpunan berkenaan.

Trainee