GEORGE TOWN, 11 Oktober - 75 peratus daripada keseluruhan 16 inisiatif bawah Visi Penang 2030 berjaya dicapai sekali gus meletakkan matlamat kerajaan negeri Pulau Pinang di landasan tepat.
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow optimis visi tersebut mampu direalisasikan sepenuhnya menjelang 2030 nanti.
"Inisiatif-inisiatif bawah lembayung Penang 2030 kini telah mencapai sekitar 75 peratus daripada keseluruhan sasaran.
"Pencapaian ini merangkumi pelbagai sektor penting seperti pendidikan, kesihatan,mobiliti,ekonomi digital,pembangunan komuniti dan kelestarian alam sekitar," katanya ketika berucap merasmikan Penang 2030 Festival di Komtar, hari ini.
Visi Penang 2030; Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara diperkenalkan pada 29 Ogos 2018 dengan empat tema antaranya meningkatkan daya huni untuk kualiti hidup yang lebih baik dan menaik taraf ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.