fb fb fb fb fb

KESUMA rangka ILTJM Premium perkasa TVET

Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Tenaga Manusia sedang merangka bagi mewujudkan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Premium dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri.

Timbalan Menteri KESUMA Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ILJTM Premium itu meliputi program-program yang lebih fleksibel serta menawarkan kerjasama dengan syarikat atau industri yang berimpak tinggi.

"Jabatan Tenaga Manusia melalui Pelan Strategik JTM 2021-2025 telah menyenaraikan beberapa sektor utama untuk dibangunkan bersama pihak industri. Antara teknologi yang telah dikenal pasti ialah Automasi Pertanian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar bagi sektor pertanian.

"...Tenaga Boleh Baharu seperti Smart Energy di ILP Kepala Batas dan Hidrogen di ILP Miri bagi sektor utiliti; Pengangkutan Rel di ILP Kuantan. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) juga telah memulakan penawaran program bagi sektor pengangkutan yang melibatkan Teknologi Kenderaan Elektrik dan dron," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii berkenaan pelan untuk memperkasakan ILP di seluruh negara untuk memastikan tenaga kerja dilatih bagi memenuhi keperluan industri termasuk industri berkemahiran tinggi.

Dalam pada itu, untuk mengelak pertindihan dalam bidang kursus TVET, KESUMA mengambil langkah dengan meletakkan satu peneraju sahaja dalam bidang-bidang tertentu.

Berkenaan peningkatan elaun pelajar di ILP, perkara itu masih dalam peringkat kajian.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI