GEORGE TOWN, 2 Februari- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan kajian berkaitan cadangan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu mengikut geografi dan keadaan ekonomi sesuatu lokaliti.
Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata KESUMA juga telah pertimbangkan pelbagai model pelaksanaan sebelum menyeragamkannya di seluruh negara.
"Sudah tentu kita akan pertimbangkan pelbagai aspek termasuk sebenarnya dalam membincangkan tentang pelaksanaan kadar baru ini majlis jawatankuasa Teknikal ada pertimbangkan tentang pelaksanaan secara ikut kawasan geografi dan sebagainya.
"Saya juga sudah beri arahan untuk kajian seterusnya dibuat, kita akan teruskan sesi libat urus untuk menerima maklum balas daripada semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka DAP Pulau Pinang bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang (PCTH), Georgetown.
Program terbabit merupakan anjuran sulung Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang baharu bagi sesi 2024 hingga 2027.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kow Yeow dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Tambahnya, keputusan kenaikan kadar gaji minimum RM1,700 telah dibincangkan secera terperinci dan menyeluruh dalam Majlis Perundingan Gaji Negara (MGPN) yang dianggotai wakil kerajaan, majikan dan pekerja.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) supaya kenaikan gaji terbabit dilaksana secara berperingkat khususnya bagi mengurangkan tekanan kepada syarikat, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Steven berkata berkata pelaksanaan kadar baharu itu telah dikuat kuasa.
Namun, syarikat kecil diberi tempoh penangguhan sehingga Ogos depan bagi menyesuaikan diri dengan pelaksaan kadar baharu terbabit.
"Pelaksaan di bawah KESUMA bukan sahaja untuk gaji minimum. Contohnya, kita telah menganjurkan beberapa libat urus untuk RUU Pekerja GIG.
"Tetapi saya akan lengkapkan semua sesi libat urus ini dengan satu dialog awam, mungkin dalam semunggu dia akan datang. Jadi, kita memang menerima dan juga sebagai salah satu SOP kita di mana kami buat libat urus dan menerima maklum balas daripada orang awam serta pemegang taruh," katanya.