PUTRAJAYA, 9 Oktober- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia memberi khidmat kaunseling kepada masyarakat.
Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata seramai 11,017 orang kaunselor telah berdaftar bawah Lembaga Kaunselor Malaysia bagi membantu menangani kesihatan mental yang semakin membimbangkan.
Tambah beliau, kaunselor perlu memainkan peranan signifikan dalam memberi kefahaman dan kesedaran kepada rakyat, menangani stigma yang wujud dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
"Dalam program hari ini, dihadiri lebih kurang 300 orang kaunselor yang berdaftar.
Mereka ini akan bersama-sama ita dalam mempertingkatkan lagi kesedaran dan perkhidmatan dalam bidang kaunseling kepada mereka yang memerlukan bantuan," kata Aiman kepada pemberita selepas merasmikan majlis Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2023, di sini.
(Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Aiman Athirah Sabu ditemui pemberita pada Majlis
Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2023)
Menurut laporan, seramai 424,000 orang kanak-kanak di Malaysia mengalami isu kesihatan mental manakala peratusan golongan remaja yang mempunyai kemurungan dan cubaan membunuh diri juga menunjukkan peningkatan.