SERDANG, 22 November - Kesihatan yang baik serta perancangan kewangan, penting sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata para pendeposit telah sedia maklum bahawa kemampuan kewangan merupakan salah satu syarat wajib.
Dalam masa sama, pihaknya sentiasa memberi penekanan serta pendedahan mengenai kekuatan fizikal dan kesihatan yang diperlukan jemaah sepanjang musim haji.
Ke arah itu, buat julung kalinya Taha Run 2025 dianjurkan Lembaga Tabung Haji, (TH), yang disertai lebih 1,000 peserta.
"Bertemakan “Run For A Lifetime Journey”, program memberi tumpuan kepada ahli Kelab TaHa@U berusia 18 hingga 25 tahun mengekalkan gaya hidup sihat dan aktiviti berimpak tinggi.
"Program antara lain memupuk kesedaran awal tanggungjawab pendeposit dari segi kewangan serta bersedia dengan kekuatan fizikal dan kesihatan,"katanya.
Acara dimeriahkan dengan penyertaan rakan strategik Kelab TaHa termasuk pempengaruh pendidikan MCPLUS.