GEORGE TOWN, 22 November - Dua unit rumah setinggan di Kampung Benggali, Butterworth terbakar 90 peratus dalam kejadian pukul 9.30 semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis dalam satu kenyataan memaklumkan pihak bomba tiba di lokasi pukul 9.37 malam.
"Seorang mangsa lecur dibahagian muka, tangan dan kaki dan mendapatkan rawatan dari hospital berdekatan.
"Seramai 11 anggota dari Balai Bomba Butterworth dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Raja Uda dan Bagan Ajam dan turut mendapat bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," menurut kenyataan itu.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.53 malam.