fb fb fb fb fb

Kesedaran kibar Jalur Gemilang di Kangar pada tahap yang baik

SIMPANG EMPAT, 22 Ogos- Hampir 80% daripada keseluruhan 7,000 premis perniagaan bawah kawal selia Majlis Perbandaran Kangar (MPK) didapati mengibarkan Jalur Gemilang bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Menurut Yang Dipertua MPK, Norazlan Yahaya, kesedaran masyarakat termasuk pemilik premis untuk mengibarkan Jalur Gemilang berada pada tahap yang baik.

Pada 20 Julai lalu, pihak MPK telah mengeluarkan arahan kepada semua pengusaha atau pemilik premis perniagaan supaya bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan kibaran Jalur Gemilang.

"Sebenarnya kita tidak mahu fokus sangat ke arah hendak bagi denda atau kompaun. Kita boleh bagi kompaun sebab pengibaran bendera Jalur Gemilang dalam tempoh sambutan Bulan Kemerdekaan memang kita dah letakkan dalam syarat perniagaan.

"Tapi kita lebih ke arah nak memberi kesedaran supaya atau pun pembudayaan dakam kalangan peniaga ini supaya masing-masing ada kesedaran dari segi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kita," kata Norazlan kepada media di Majlis Bubur Asyura Mega DUN Simpang Empat yang diadakan di Perkarangan Pusat Internet Batas Lintang di sini dan dirasmikan ADUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob.

(Kesedaran kibar Jalur Gemilang di Kangar pada tahap yang baik)

Sebanyak 28 kawah bubur asyura disediakan oleh penduduk setempat dan 3,000 pek bubur asyura telah diagihkan kepada penduduk.

Bersempena dengan majlis itu juga, Jabatan Penerangan Negeri Perlis menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Media Baharu