fb fb fb fb fb

Kesan pengkid tular berpakaian ihram di Tanah Suci, kerjasama pihak berkaitan dilaksanakan

(Datuk Idris Ahmad ditemu bual media selepas merasmikan Dewan Besar dan Upacara Pecah Tanah
Pondok Kitab Turath bersempena Sambutan 30 Tahun Al Rahmat di Bukit Lintang, Melaka)

BUKIT LINTANG, 20 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad akan berkerjasama dengan pihak berkaitan termasuk Jabatan Imigresen bagi mengesan pengkid yang tular berpakaian ihram di Tanah Suci baru-baru ini.

Katanya, setakat ini pihaknya tidak mendapat maklumat yang tepat sekiranya individu tersebut telah pulang ke Malaysia.

"Pengkid ini saya tidak dapat maklumat tepat masalahnya ada sesetengah cakap yang dah balik, tak balik, saya tak ada maklumat tepat lagi, sebab dia pergi bukan dengan (agensi) travel, pergi dengan d.i.y (sendiri), saya kena check (periksa) jugalah dia dah balik atau belum lagi dan sebagainyalah," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Besar dan Upacara Pecah Tanah Pondok Kitab Turath bersempena Sambutan 30 Tahun Al Rahmat, di sini hari ini.


(Tangkap layar foto pengkid yang tular berpakaian ihram di Tanah Suci baru-baru ini)

Menurut Idris, sebelum ini pihaknya telah mendapatkan bantuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyiasat perkara tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai penganjuran konsert, beliau tiada larangan untuk sebarang penganjuran konsert di Malaysia, namun pihak terlibat dinasihatkan untuk meneliti sebarang kesan penganjuran konsert berkenaan pada masa hadapan.

Media Baharu