fb fb fb fb fb

Dua lelaki diberkas dipercayai cuba seludup rokok putih

KOTA TINGGI, 20 Ogos- Polis Johor memberkas dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan rokok putih tidak bercukai di Taman Fasa Indah, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, di sini pukul 3.20 pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menerusi kenyataan memaklumkan, kedua-dua suspek berusia 31 dan 47 tahun.

"Polis merampas 244 kotak mengandungi 12,200 karton rokok bernilai RM1.83 juta, serta sebuah lori.

Salah seorang suspek juga ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.

(Rokok-rokok yang dirampas dalam operasi di sini / Foto Polis Johor)

Kes disiasat mengikut seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 serta seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Media Baharu