fb fb fb fb fb

Kes wanita tular jual air buah, siasatan masih berjalan - JHEAT

KUALA NERUS, 7 Julai- Pemilik restoran yang didakwa berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah video tular telah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di daerah Setiu, Terengganu.

Bagaimanapun, wanita terbabit sudah dibebaskan dengan bon jaminan.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata wanita tersebut ditahan di premis miliknya dalam satu operasi bersama pihak polis serta Majlis Daerah Setiu pada pukul 5 petang, Selasa.

Keterangan telah direkodkan dan beberapa saksi akan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

"Kita sekarang ini masih lagi melengkapkan kertas sisatan. Kalau perlu kita panggil saksi-saksi yang tahu isu ini atau yang terlibat untuk kita lengkapkan siasatan.

Insya-Allah, kita akan serah pada Jabatan Syariah untuk tindakan seterusnya. Kita akan lihat nanti pendakwaan di bawah seksyen apa, sama ada berpakaian tidak senonoh atau yang lain. Kita akan lihat nanti," kata M. Rozi Bidin ketika ditemui pemberita RTM pada Majlis Penghayatan Sambutan Hari Arafah Peringkat negeri, di sini.

Baru-baru ini tular di media sosial video berdurasi 34 saat yang memperlihatkan dua pelanggan tanpa segan silu bergambar dengan pekerja wanita di kedai berkenaan.


(Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin menjelaskan perkara tersebut kepada media dalam satu majlis di Kuala Nerus)

Media Baharu