fb fb fb fb fb

Banteras ketirisan barang subsidi, minyak masak, Ops Bersepadu KPDNHEP diperhebat

PUTRAJAYA, 7 Julai- Ops Bersepadu menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus diperhebat bagi membanteras ketirisan barang subisidi terutama minyak masak dari diseludup ke negara asing.

Ia membabitkan agensi penguatkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang akan memantau sempadan negara melibatkan Sabah, Sarawak, Kedah dan Kelantan.

Menurut Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, sehingga kini sebanyak RM1.5 juta telah berjaya dirampas yang membabitkan 61 kes termasuk individu dan peniaga di Sabah, Sarawak, Kedah dan Kelantan.

(Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa)

"Kita juga akan mengutip maklumat-maklumat secara lebih mendalam sekiranya masih lagi berlaku pengilang-pengilang yang dengan kegiatan-kegiatan terutamanya sengaja meneruskan atau turut terlibat penyeludupan dan menjual minyak-minyak masak bersubsidi secara pukal bagi tujuan yang lain daripada dasar yang ditetapkan iaitu membekalkan minyak bersubsidi kepada kumpulan atau kegunaan domestik", katanya.

Tambah beliau pasukan penguatkuasaan KPDNHEP akan terus memantau dan perisikan sama ada melalui Ops Bersepadu di sempadan, mahupun Ops ATM dan OPS Samar di dalam negeri.

Beliau menjelaskan demikian dalam sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Putrajaya.

Setakat ini sebanyak 486,686 pemeriksaan telah dijalankan yang melibatkan 77,633 pemeriksaan di luar bandar dan 409,054 di bandar-bandar seluruh negara.

Media Baharu