fb fb fb fb fb

Orang ramai dinasihat terus mematuhi SOP menjelang Aidiladha - Khairy

(Gambar Fail)

KUALA LUMPUR, 7 Julai- Orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada apabila menziarahi ahli keluarga mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha ini bagi membendung peningkatan kes harian COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata orang ramai perlu memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup dan sesak selain mengamalkan langkah Uji, Lapor, Maklum, Asing dan dapatkan Rawatan (TRIIS).

"Jadi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha ini, teruskan berwaspada apabila pergi menziarah ahli keluarga. Pakai pelitup muka apabila di kawasan tertutup dan sesak, amalkan #TRIIS. Lakukan ujian kendiri sebelum balik kampung," kata Khairy dalam satu hantaran di Twitter.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas menyaksikan bilangan kes harian COVID-19 meningkat kepada 3,410 kes pada 12 Mei 2022.

Ini antara lain berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti perkumpulan ramai.


(Foto Fail)

Media Baharu