fb fb fb fb fb

Kes rusuh, 11 individu ditahan di Johor

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 15 Mac- Seramai 11 individu ditahan di beberapa lokasi sekitar Johor Bahru dipercayai merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah premis perniagaan di daerah itu, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata mereka yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 41 tahun. 

"Pihak polis merampas tiga buah telefon bimbit.
                                                                     
"Tiga suspek positif dadah manakala enam yang lain memiliki rekod jenayah.

"Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 384 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, pihak polis menerima maklumat berkaitan video tular di media sosial semalam dan mengesahkan kejadian berkenaan berlaku kelmarin kira-kira pukul 2.10 pagi di sebuah Pusat Perniagaan Bebas Cukai, berpunca salah faham antara dua pengusaha premis perniagaan. 

Setakat ini, tiada penglibatan kongsi gelap dikesan dalam pergaduhan berkenaan dan polis masih mengesan suspek lain yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM