fb fb fb fb fb

Kes rasuah pegawai, KPKM sedia beri kerjasama

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 20 Oktober- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)sedia memberi kerjasama berhubung isu penahanan seorang pengarah syarikat yang memberi suapan kepada pegawai di kementerian berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya ketika ini menyerahkan perkara itu kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

"Kalau masih dalam siasatan, saya tidak mahu beri sebarang komen. Biar ia selesai, keputusan dikeluarkan oleh pihak penyiasat."

"Kalau disiasat semua agensi kerajaan itu, kita akan beri kejasama," kata Mohamad kepada pemberita dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Seorang pengarah syarikat, antara dua individu ditahan SPRM petang tadi, dipercayai memberi suapan kira-kira RM17,000 kepada pegawai KPKM.

Suapan itu bagi mempercepatkan bayaran tuntutan subsidi ayam dan telur berjumlah kira-kira RM600 juta sejak Mei lalu.

(FOTO BERNAMA)

Media Baharu