fb fb fb fb fb

IBPS, harga kawalan maksimum baharu dilaksana

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 20 Oktober- Harga kawalan maksimum baharu bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) dilaksana di seluruh Semenanjung Malaysia bermula hari ini.

Langkah itu melibatkan penyelarasan harga maksimum pintu gudang syarikat pengeluar benih padi sah daripada RM31.00 kepada RM40.00 per kampit 20 kilogram.

Sementara itu, harga maksimum di peringkat peruncit daripada RM35.00 kepada RM45.00 per kampit 20 kilogram.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, penyelarasan itu dibuat susulan rungutan para pesawah di lapangan berkaitan kesukaran mendapatkan benih padi di pasaran, selain peningkatan harga yang mencecah RM50.00 per kampit 20 kilogram.

"Penyelarasan ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan dan tidak merubah struktur pengeluaran, pembekalan dan pengedaran BPS sedia ada melibatkan 12 syarikat pengeluar BPS, 13 syarikat pemborong, dan 456 peruncit di seluruh negara," kata Mohamad kepada pemberita dalam sidang media, di sini.


(FOTO BERNAMA)

Tambahnya, penyelarasan berkenaan akan menggalakkan penggunaan benih padi sah yang bermutu tinggi dan rintang penyakit di kalangan para pesawah.

Selain itu, mengelakkan penggunaan benih padi tidak sah atau benih “kampit putih” di pasaran.

Media Baharu