fb fb fb fb fb

Kes pembedahan tertunggak selesai akhir tahun ini - JKN Melaka

BANDAR HILIR, 5 Jun - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menyasarkan akan menyelesaikan ribuan kes pembedahan tertunggak menjelang akhir tahun ini.

Pengarah, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, pihaknya cakna mengenai setiap kes pesakit dan sedang berusaha menyelesaikan kes tertunggak termasuk mendapatkan bantuan pakar dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, usaha itu telah dimulakan pada awal tahun lalu, namun terjejas selepas kemasukan varian delta pada pertengahan tahun 2021.

(Dr Rusdi ketika ditemui media)

“Sasaran untuk negeri Melaka ialah semua badlog akan selesai pada tahun ini, Jadi apa yang kita buat ialah yang pertama, kita kenal pasti apakah keupayaan kita. Sekarang ini kita buat di semua hospital.

"Di hospital besar kita buat pada hari Sabtu dan kemudian kita buat seperti pada hari pembedahan perdana yang mana kita kumpulkan semua kes, kita kumpulkan semua pakar dan ada antaranya kita minta bantuan pakar di daerah negeri yang terdekat untuk kita kumpulkan dan buat pembedahan tersebut," kata Dr Rusdi di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Wellness On Wheels, disempurnakan Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Media Baharu