fb fb fb fb fb

Kumpulan pertama Jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah

MADINAH, 5 Jun - Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah.

Pesawat KT01 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.35 tengahari waktu Malaysia, menaiki pesawat Saudi Airlines dengan membawa seramai 295 penumpang.

Pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di sini kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan.

(Jemaah haji Malaysia di Madinah)

Ketibaan jemaah haji itu disambut petugas-petugas Tabung Haji, pegawai-pegawai dari pejabat Konsulat Haji Malaysia di Jeddah serta wakil Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Tabung Haji menyediakan 48 penerbangan sepanjang musim haji kali ini bermula semalam waktu Malaysia; setiap hari sehingga penerbangan terakhir dijdualkan pada awal Julai nanti.

Media Baharu